Adakah Aku Barang SecondHand ?
copy daripada Rusydee Artz
Saya melihat ke dalam diri sendiri. Belum kepada orang lain.
Terasa rendah diri. Terasa hina. Dosa sudah tentu banyak sekali. Makin bertambah
umur, dosa pun bertambah jua. Manusia dengan dosa adalah manusia yang kotor.
Dengan kata mudah, diri ini bukan orang suci. Terpalit noda. Tersalut kaca
dosa.
Beruntunglah orang-orang yang terjaga sedari kecil hingga
dewasa. Rare. Tapi saya percaya memang ada di luar sana. Mantap ayahanda
bondanya mendidik. Mungkin mantap penjagaan dirinya sendiri. Terjaga tanpa tiada
peristiwa silam yang melibatkan dosa sebesar dunia.
Namun kita, orang-orang biasa. Tidak setinggi iman mereka. Yang
pernah hanyut dengan bermacam dugaan dan kesalahan diri sendiri. Kekadang kita
jadi begitu kerana persekitaran. Kekadang kita jadi begitu kerana diri yang
memberontak inginkan keseronokan masa muda dan kebebasan. Kekadang kita
dianiayai orang. Kekadang kita yang menzalimi diri atas dasar turutkan
perasaan.
Pengalaman.
Apapun
yang pernah terjadi, kita memang pernah berdosa. Atau masih sedang membuat dosa.
Sengaja membiarkannya saja. Tanpa mahu beranjak dari tempat kotor yang
sama.
Kesiannya
diri kita yang sebenar. Menjerit di dalam.
Diri
yang palsu di luar berjaya saiko kita habis-habisan.
"Buatlah
dosa, buatlah noda. Muda. Gila-gila. Nikmati dunia."
***
Pernah ada masa lalu yang gelap? Atau masa kini yang
suram?
Kalau namanya remaja, masalah pertama sekali adalah cinta. Ah,
cinta lagi. Isu cinta lagi.
"Asyik-asyik cinta! Cinta bukan isu ummah tau?!"
Cinta adalah isu ummah. Remaja sedari dulu hingga kini, hanyut
dengan definisi cinta sendiri. Cinta yang salah di sisi agama. Cinta asalnya
fitrah. Akhirnya bertukar fitnah kerana tersalur di jalan yang salah.
Bukan setakat yang jahil terperosok di dalamnya bahkan yang
belajar ilmu agama juga terheret sama. Besar kan masalah ini?
Kerana cinta yang salah, berapa ramai yang telah terlanjur? Sama
ada ringan-ringan atau berat-berat. Dosa tetaplah dosa. Sama ada ianya dosa dari
titik hitam di hati atau zina mata, tangan dan hati. Dosa tetap dah tercatat
dalam buku amalan diri.
Persoalannya, adakah kita boleh melabel seseorang yang telah
buat dosa seperti ini sebagai barang second hand. Barangan terpakai? Ya lah,
sudah disentuh, sudah diraba, sudah dipegang-pegang, sudah dicium dipeluk dan
apa-apa saja lagi. Si pelaku (lelaki) yang rosakkan juga adalah cap ayam.
Murahan dan tiada maruah. Begitu jua dengan yang diperlakukan dan merelakan
(perempuan). Tiada cop dikenakan pada hanya sebelah pihak. Kedua-duanya sekali
bersalah dalam hal ini.
Adakah aku barangan terpakai?
Ya. Jika tidak bertaubat.
Jika
sudah bertaubat?
Jika sudah taubat Nasuha (bersungguh-sungguh insaf tiada lagi siaran ulangan dosa), maka tiada lagi label barangan terpakai atau buangan. Bahkan kamu adalah bidadara dan bidadari dunia akhirat kembali. Suci seperti bayi. Macam baru keluar dari kilang. Fresh. Tanpa dosa dan noda.
Firman Allah dalam Surah al-Tahrim ayat 8:
|
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن
يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا
الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا
مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ
يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
|
Allahurabbi!
Lihatlah betapa Maha Pengasihani Tuhan kita. Dosa kita sehitam bawah kuali
pun bisa terhapus. Sudi dihapuskan. Malahan disucikan kembali
oleh-Nya.
Kotormu kerana kesilapan diri sendiri.Allah jualah yang mensucikanmu kembali!
Tiada label pendosa, malahan dijanji Syurga!
Tidak gembirakah lagi dengan berita ini wahai jiwa-jiwa yang sedang
berdosa?
Apa lagi yang kamu tunggu, taubat Nasuhalah bersih jiwamu!
Persetankan pada kenangan lalu. Tuju saja masa depan nun Syurga di
depanmu.
Yang sudah tu sudah. Jadikan pengajaran dan pendidikan.
Agar tidak berulang.
Agar tidak songsang lagi jalan kehidupan.
Yang sudah tu sudah. Jadikan pengajaran dan pendidikan.
Agar tidak berulang.
Agar tidak songsang lagi jalan kehidupan.
Syurga dan Neraka tidak pernah memilih kita.Tetapi kitalah yang memilih mereka. - Aira Safiyya
***
Masalah umat yang seterusnya adalah solat. Isu ini akan disentuh dalam entri akan datang.
Sebab mana ada orang nak baca panjang-panjang kan?
Akhir sekali, suka saya tutup entri ini dengan kata-kata ulung
hikmah,
"Jika kalian melakukan dosa sehingga dosa kalian sampai ke matahari, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah akan mengampuni kalian." (Abu Hurairah)
Andai Nabi Muhammad s.a.w. bersolat bersyukur dengan kurnia-Nya sehingga
pecah-pecah tumit kaki Baginda, mengapa tidak kita menangis bersolat malam
hingga keluar air mata duka? Atau bengkak-bengkak mata mahupun sembap muka
berjaga.
Ironinya masih, kita tembam dan sembap muka kerana tidur lena terlalu lama
#copypaste daripada Rusydee Artz

.jpg)